tree project logosaadi.my
tree project logo
Penghargaan
Untuk makluman semua, dan seperti setengah ahli sudah ketahui, AJK AsSaadi Lembah Kelang, dengan inisiatif sendiri, diketuai oleh Nazlina Ibrahim, telah membangunkan laman sesawang salahsilah AsSaadi ini, yang secara rasminya dilancarkan pada 5 Jun 2022 bersempena Majlis Raya AsSaadi 2022.
Penyediaan laman sesawang ini bagi memudahkan akses kepada keluarga besar AsSaadi, melibatkan pengambilan data sediada terus dari buku kuning salahsilah yg telah disediakan oleh Tuan Hj Amir bin Tan Sri Azahari. Kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Hj Amir kerana projek ini mampu direalisasikan di atas berkat usaha beliau menyiapkan buku yg padat ini terdahulunya, dan memberikan kebenaran untuk semua data diambil. Kita yakin khidmat dan bantuan Tuan Hj Amir pasti diperlukan seterusnya nanti.
Dalam kesempatan ini juga, pihak AJK memohon maaf sekiranya ada sebarang kesilapan dalam sebarang bentuk pada laman sesawang ini. Ianya masih di peringkat permulaan dan memerlukan banyak penambahbaikan dari masa ke semasa. Sebarang input mengenai maklumat rumpun, pindaan, penambahbaikan dan sebagainya boleh dibuat melalui maklumbalas di platform ini.
Sekian, terima kasih.